Sunday, November 30, 2008

Kepada akhowat sekalian ...

Saya , aku , ana atau kita , erm, mengikut kesesuian antunna . Tapi bagi ana , disini ana lebih selesa menggunakan frasa kata nama dalam bahasa arab.

Kali ini , ana nak hidangkan sesuatu yang harus menjadi tatapan semua akhowat. Dan rasanya insan-insan yang membaca artikel ini harapnya berjantinakan wanita. Bukan lelaki ataupun khunsa. (:D)


"Semalu pon tau malu"

Pernah dengar tak pohon semalu? Pasti pernah dengar namanya dan pasti juga pernah lihat bunganya. Cantik juga bila direnung betul2. Memikat hati . Itulah kelebihan ciptaan Illahi, sentiasa tekandung beribu hikmah yang harus kita fikirkan dan mentafsirnya.

Tapi tahu tak disebalik pokok semalu ni, terselit sebuah kisah yang mesti diketahui oleh jiwa yang bergelar wanita.

BAcalah kisahnya dan hayatilah ...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Apabila mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, dan kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


My Advice ,
Di sini ana selitkan sedikit iktibar yang boleh dikongsi sesama muslimat yang kucintai kerana Allah. Sekecik2 pohon pun terdapat pengajarannya. Setiap ciptaan Allah ada hikmahnya . Jadi ana ajak marilah kita meliha saujana hijau dan memikirkan rahsia kejadian di sebalik ciptaan itu .

No comments: