Monday, December 1, 2008

Pandangan Manusia

Lukis sendiri :p

Ramai manusia yang memandang sesuatu perkara dengan mata. Erm, memanglah dgn mata kita boleh melihat.Lagipon mata adalah organ yang sensitif dengan cahaya. Kita boleh melihat apabila cahaya yang terpantul melalui cornea dan sebagainya kemudian objek dipaparkan terbalik di optic nerve. Lalu otak menafsir objek tersebut supaya kita dapat melihat sepertimana kita tgh melihat sekarang.

Tapi ketahuilah kita juga boleh melihat sesuatu menggunakan pandangan hati.Bak kata Safiyyah [walaupon sbnrnya dia petik dari sebuah cerita], close your eyes and you will see. Ini tak bermakna nti boleh mencari kunci yang hilang dengan hati [tolong jgn buat] . Tapi pandangan hati tu bermakna kita melihat bukan melalui luaran , tapi melalui seluruh aspek.

Cuba kita lihat satu contoh ,
nti sedang melihat orang yang tidak pakai tudung. Apa yang timbul dalam hati ?
"Astaghfirullah , tak ingat mati ke?? Ingat rambut tu tak aurat ke?"
Lalu terus hati anda tertutup untuk menerimanya. Kenapa tak fikir macam nih?
"Erm,mungkin hidayah Allah belum sampai, moga2 dapatlah dia",
kan lebih baik , yang lebih hebat kt berfikir sebegini,
"Mungkin dalam hati dia ada perasaan nak berubah , biar saya bimbing dia"
Dengan itu bermakna kita melihat seseorang melalui kaca mata dakwah . [Eh?]

Erm, [apa yg ana merepek nih] , I just want to say , dun judge the book by its cover.
Sebab manusia suka menafsir sifat manusia melalui pandangan pertama. Ingat, sangkaan pertama biasanya salah.

Ana sebenarnya tulis pasal benda nih sebab ana teringat 2 perkara yang pernah berlaku,

1. Apabila seorang budak SMK pindah ke sekolah agama. [sbnrnya fokus kat hira' , ermm]
Dia dtg dlm memakai tudung tiga segi. Secara automatik, orang memandang dia dgn pandangan slack. (Kan org suruh pdg ngan pdgn hati, degil!) Tapi kalau ikut secara logik, dia baru je nak terima tarbiyyah, malahan dirinya tu belum dicurahkan tarbiyyah lagi. Hina sangat ke dia? Keji sangat ke ? Padahal ada manusia yang menerima tarbiyyah bertahun2 masih tak berubah. So, bglah dia peluang . And tolonglah dia ~

2. Ada kawan ana tanya , "sape sasaran dakwah nti ?" .
Ana pun beritahu namanya atas dasar tertentu.
And then , dia berkata , "erm dia nak ke?" ,
"Insya Allah, lgpon semua manusia mmg fitrahnya sukakan kebaikan",
Kemudian dia berkata ,"Erm, pilihlah orang nak betul2 nak"
Ana sedih , [dlm hati , eh tu kawan ana laaaaa], memang ana tau perangai dia agak 'pelik', tapi dlm hati dia nak . Jangan tengok luar dia . Lgpon dia ada potensi ~ So , dia cuma perlukan guidance dan support. Takkanlah ana nak pilih orang yang lagi baik dari ana kot ...

Erm, apa ana merepek nih .. Makin lama makin merepek . Sebenarnya nak cakap , pandanglah sesuatu dgn pandangan hati . Pandangan hati tulah yang benar apabila ia suci . Jadi take care of your heart . Dan think out of the box !

Bila kita melihat orang tu berperangai 'pelik' , daripada kita mencaci, mengutuk dia . Apakata kita tolong dia ? Kan dapat pahala ... Tapi manusia berharapkan redha Allah, pahala tu bonusnya je. Dan kalau dia tak nak jugak , kita berserah kepada Allah. Kita hanya mampu mengetuk hati dia , tapi hanya dia yang mampu mebuka hati. Banyak 2 berdoa kepada Allah ...

"Ya Allah,
peliharalah hatiku dari kefasadan dunia,
peliharalah hati semua muslimin dan muslimat,
agar jauh dari kemungkaran dunia ini"

Ameen ~
P/s: kalau nak baca doa pjg2 lagi , bacalah sendiri ...

sumber : kawanku yang tersayang dan tercinta :D

1 comment:

..Seorang Budak Biasa.. said...

ape mslh ko ngan qayyum r..
ape yg dier bwat smpi kwn ko cr dier..
cter sket ape yg dier bwat..
i need a proove..