Saturday, September 27, 2008

puisi buat ibu dan bapaku..

Ibu,
Disebalik gelaran itu,
Tersimpan suatu rahsia
Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu


Ibu,
Izinkanlah aku bercerita tentang
Suka duka bersamamu...
Terlalu banyak kisah-kisah yang
Telah kulalui bersamamu.

Ibu,
segala-galanya tidak akan luput dari
Ingatanku sama sekali...

Ibu,
kau begitu istimewa
Segala jasa dan pengorbananmu
Akan kukenang
Sepanjang hayatku...

Ibu,
Tidak ternilai kasih sayang mu
mendidik dan menjagaku
Agar aku menjadi insan
yang bijak dan berguna...

Ibu,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana aku telah dipertemukan
dengan insan
sepertimu...
Kaulah insan yang bergelar ibu..
Kau juga yang ku anggap sebagai
sumber inspirasiku

Ibu,
Aku berjanji pada diriku
Untuk menunaikan tanggungjawabku
Untuk membalas budi dan jasamu
Agar kau senang dan gembira

Ibu,
Ampunkan segala dosaku
Jika ada kesalahan
Yang aku lakukan
Sehingga akhir hayatku

Ibu,
Aku berdoa pada Ilahi
Agar ibu diberkati selalu
Supaya kau ditempatkan di syurga
Kerana aku sangat-sangat menyayangimu...

No comments: